
SubhanALLAH....
Cakap fasal permainan tradisional ini memang amat menarik sekali. Namun begitu, permainan- permainan ini sudah tidak lagi popular bagi budak-budak zaman sekarang. Tengok sahajalah budak dan remaja sekarang yang lebih gemar bermain permainan moden yang wujud di sana sini. Memang sedih melihat trend sebegini berlaku di Singapura khususnya sekarang.
Antara sebab perkara ini berlaku adalah kurangnya pendedahan kepada remaja-remaja ini. Mereka lebih terdedah kepada permainan barat dan ini telah menyebabkan remaja-remaja ini tidak lagi kisah tentang permainan tradisional Melayu.
Bukan itu sahaja, permainan ini juga tidak dikenali lansung kepada sesetengah remaja Melayu sekarang. Aku amat sedih. Bukan apa, kita ini generasi muda haruslah melestarikan permainan- permainan ini agar ia tidak hilang begitu sahaja ditelan zaman.
Salam.
_____________________________________
kali ini, aku ingin menerangkan tentang sebuah permainan tradisional orang Melayu yang tidak begitu dikenali di Singapura. Permainan ini dikenali sebagai galah panjang. Ia amat unik sekali. Nenekku yang menceritakan tentang permainan ini.
Permainan tradisional ini dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang.
Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah.
Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang. Selepas penentuan, kumpulan yang menjagaa gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tangannya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya mereka akan belari masuk ke dalam gelanggang. Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.
Memang agak rumit juga untuk memainkan permainan ini. Namun menurut nenekku, permainan ini amat menghiburkan sekali. Apa kata kita mencubanya. Manalah tahu ia boleh menjadi popular kembali.
: )
_____________________________________
.....ah!!!!takutnye.......
aku :eh,eh, jangan takut. kenapa takut dengan Congkak?
adik :Adik taknak tengok cerita Congkak. Adik taknak! Adik takut!
Assalamualaikum semua,
hehe, lawak betul reaksi adikku kelmarin apabila aku sebut tentang congkak. Sebenarnya, aku merujuk kepada permainan tradisional congkak dan bukan filem seram CONGKAK. Adikku telah menyalah tafsirkan perkataan Congkak yang aku sebutkan sebentar tadi rupanya. Memang lucu.
Sekarang ini, aku ingin menceritakan lebih sedikit tentang permainan tradisional congkak. Congkak selalunya dimainkan dalam pertandingan ataupun sebagai sebuah aktiviti riadah.
Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Papan congkak ini pun mempunyai berbagai bentuk dan rupa. Buah congkak pula selalunya adalah guli.
Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Siapa yang mempunyai guli yang terbanyak di dalam 'rumah' akan menjadi pemenang.
Jadi kawan- kawan, marilah kita cuba permainan congkak ini!
Wasalam
_____________________________________
hari ini, aku ingin berkongsi maklumat tentang permainan Capteh. Capteh adalah salah satu permainan tradisional yang masih kekal hingga ke hari ini. Aku masih ingat lagi apabila aku mencuba permainan ini buat pertama kalinya dahulu. Memang agak payah pada mulanya untuk menimbang capteh tersebut. Selalunya, ia diperbuat daripada bulu ayam dan pemberat. Kita harus menimbang capteh itu sebanyak mana yang mungkin. Abang saudaraku yang kini menuntut di salah sebuah Universiti di Malaysia memang jaguh bermain capteh. Dia boleh menimbang Capteh sebanyak 89 kali! Memang menakjubkan. Apa kata kamu semua yang membaca blogku ini mencuba bermain capteh. Yok main capteh!!
Wslm
_____________________________________
Hmm, pada hari Jumaat yang lalu, aku berpeluang untuk bermain sepak raga bersama kawan- kawanku. Permainan ini amat menarik sekali.
Sepak takraw merupakan sejenis permainan tradisional dua pasukan yang dianggotai oleh tiga pemain. Permainan sepak takraw mempunyai jaring yang memisahkan antara pemain dan dimainkan di gelanggang yang sama seperti badminton. Bola takraw pula diperbuat daripada rotan.
Antara tiga permain dalam satu pasukan ialah tekong, apit kiri dan apit kanan. Tekong adalah pemain yang melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri pula mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan. Apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.
Aku sempat mengambil video semasa kawan- kawanku sedang bermain. Saksikanlah.
_____________________________________
Minggu ini dan minggu depan, sekolahku menyambut hari keharmonian kaum. Tarikh sebenar hari keharmonian kaum adalah pada 21 July 2008. Untuk meraikan hari bersejarah ini, sekolahku mengadakan pelbagai aktiviti. Ini termasuk pameran permainan tradisional. Memang menarik! Aku berasa amat puas kerana boleh mempelajari lebih mendalam lagi tentang permainan- permainan ini.
Antara permainan yang ada pada pameran ini termasuk capteh, congkak, wau, sepak raga, guli dan banyak lagi. Sungguh menarik sekali. Aku juga berpeluang untuk bermain permainan- permainan ini. Bukan itu sahaja, sejarah tentang permainan ini juga diterangkan oleh cikgu kami.
Wasalam
_____________________________________
_____________